|
Isnin, 17 Disember 2007 |
Pusat Perkhidmatan Dan Ilmu Komuniti (PPIK) Sipitang, Sabah mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman web kami. Laman Web ini dibina untuk memberikan informasi dan maklumat mengenai Sipitang, aktiviti dan penduduknya.
Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi adalah berhasrat untuk menjadikan PD sebagai Pusat Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) dan seterusnya merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian Internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Community Knowledge Network). Rangkaian komuniti berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020.
|
|
Terakhir dikemaskini ( Khamis, 10 April 2008 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Isnin, 17 Disember 2007 |
|
Daerah Sipitang mempunyai lebih kurang 29, 000 penduduk di mana suku kaum Kedayan adalah yang teramai bilangannya diikuti oleh suku kaum Brunei yang dianggarkan seramai 8,000 orang dan selebihnya terdiri daripada pelbagai suku kaum yang terdapat di Sabah.
Sejarah Sipitang turut dikenali dalam sejarah Negeri Sabah apabila ketrampilan anak watanberasal dari daerah ini, yang diberi kepercayaan menerajui kepimpinan negeri dan berjasa kepada pencapaian kemerdekaan Sabah menerusi gagasan pembentukan Malaysia. Mereka ialah Allahyarham Tun Haji Ahmad Bin Raffae kemudiannya dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Yang DiPertuan Negeri Sabah, dan dua orang beradik Allahyarham Datuk Haji Mohd Yassin Bin Haji Hashim dilantik Menteri Kabinet Negeri (digelar Warrior of Sipitang semasa Sabah di bawah pemerintahan Jepun), Allahyarham Datuk Seri Penglima Haji Mohd Kasiim Bin Haji Hashim dilantik Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah dan Penaung PMBS yang pertama manakala ayahanda mereka Haji Hashim Bin Ag. Rendah adalah juga orang terkenal di daerah ini dan menjadi Imam Daerah Sipitang yang paling lama berkhidmat. Turut menyerlah ialah kepimpinan kontemprorari seperti YB Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad dan YB Datuk Dr. Yusof Yakop.
|
|
Terakhir dikemaskini ( Khamis, 10 April 2008 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Isnin, 17 Disember 2007 |
Daerah Sipitang terletak dalam Bahagian Pedalaman Negeri Sabah, bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia dan Negeri Sarawak di sebelah selatan, Daerah Tenom di timur dan Daerah Beaufort di utara. Walaupun daerah ini terletak di dalam Bahagian Pedalaman namun sebahagian kawasan daerah ini khususnya Pekan Sipitang dan beberapa pekan yang lain terletak menghadap Laut China Selatan di Teluk Brunei bahagian barat. Dengan keluasan kira-kira 2,732 kilometer persegi, daerah ini mempunyai jumlah penduduk seramai kira-kira 30,000 orang yang terdiri daripada sukukaum Kedayan, Brunei, Murut, Lundayeh, Bisaya, Cina dan beberapa suku kaum yang lain.
|
|
Terakhir dikemaskini ( Selasa, 13 Mei 2008 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|